Langkau ke kandungan Memuatkan

Anda kini menggunakan Photobook yang baharu. Projek lama anda boleh didapati di sini → Ketahui Lebih Lanjut

Jimat sehingga 70% untuk semua produk + Penghantaran Percuma, Tamat 12 Oktober | Beli sekarang!

Jaminan Penghantaran

Jaminan Penghantaran Photobook ("Jaminan") adalah komitmen kami untuk memberi anda ketenangan fikiran dengan mengetahui bahawa pesanan anda dijamin akan dihantar keluar dalam tempoh 5 hari bekerja. Semua penghantaran dari mana-mana hab pengeluaran Photobook akan dijejaki dan dikemas kini sewajarnya. Jaminan ini akan berkuat kuasa, dan anda akan layak menerima bayaran balik yuran penghantaran* jika kami gagal berbuat demikian.

Kami sentiasa berusaha untuk menghantar pesanan anda secepat mungkin. Namun begitu, tarikh ketibaan di depan pintu anda tidak selalunya berada dalam kawalan kami. Ia biasanya melibatkan banyak pihak penghantaran yang saling berkaitan. Tambahan pula, isu logistik global yang semakin meningkat akibat pandemik, bencana alam, dan hal semasa telah menyebabkan beberapa kemungkinan kelewatan. Walaupun begitu, mempercepatkan tarikh penghantaran kami adalah komitmen kami kepada pelanggan yang kami hargai.



Terma dan syarat

1. Jaminan ini berkuat kuasa mulai 1 April, dan terpakai untuk sebarang pembelian dari Photobook Worldwide yang dibuat mulai 1 April 2022 dan seterusnya.

2. Jaminan ini tidak terpakai untuk sebarang pesanan yang:

  • Telah pun mendapat pengecualian yuran penghantaran pada ketika pembayaran.
  • Percuma, contohnya: pesanan ditebus menggunakan kod promosi percuma.
  • Dibuat sebelum 1 April 2022.
  • Dipesan bukan melalui laman web dan aplikasi kami. Contohnya: transaksi secara luar talian.
  • Kehabisan stok. Jika ini berlaku, Photobook akan memaklumkan anda dalam tempoh 3 hari bekerja. Tarikh pesanan akan diselaraskan semula kepada tarikh pengesahan untuk sebarang perubahan pesanan.

3. Untuk layak menerima bayaran balik yuran penghantaran*, syarat-syarat berikut mesti dipenuhi:

  • Semua butiran penghantaran mestilah tepat pada masa membuat pesanan. Contohnya: nama penerima, alamat penghantaran, poskod, dan nombor telefon.
  • Status penghantaran akan dijejaki dan dikemas kini dalam Akaun Pelanggan berdaftar di bawah 'Pesanan Saya'. Sekiranya status pesanan tidak menunjukkan 'Dihantar' pada halaman 'Pesanan Saya' selepas 5 hari bekerja dari tarikh pesanan, sila hubungi kami melalui support@photobookworldwide.com.
  • Tuntutan anda untuk mendapatkan bayaran balik yuran penghantaran perlu dibuat seperti berikut:-
    • Hantarkan permintaan kepada kami dengan menyertakan tangkapan skrin halaman 'Pesanan Saya' (rujuk contoh skrin di atas) dan berikan butiran peribadi anda, iaitu Nama, e-mel dan nombor telefon.
    • Kami akan mengesahkan dan membalas anda dalam tempoh 3 hari bekerja.
    • Setelah permintaan disahkan, kami akan memproses bayaran balik dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Bayaran balik yuran penghantaran* akan diberikan dalam bentuk Kredit Penghantaran yang boleh anda gunakan untuk membayar yuran penghantaran pesanan seterusnya. Kredit Penghantaran ini sah selama 1 tahun. Photobook berhak untuk menarik balik kredit penghantaran yang telah dikreditkan ke dalam akaun berdaftar anda jika ia tidak digunakan sebelum tarikh luput. Tiada bentuk tunai atau pampasan lain akan dipertimbangkan.
  • Bayaran balik yuran penghantaran* dikira pada peringkat produk. Contohnya: jika terdapat 3 produk dalam satu pesanan dan satu item lewat dihantar mengikut tempoh penghantaran yang dinyatakan dalam Jaminan ini, yuran penghantaran yang berkaitan dengan produk tersebut sahaja akan dikembalikan.

4. Photobook berhak untuk meminta bukti tambahan sekiranya terdapat sebarang percanggahan berkaitan tarikh penghantaran.

5. Photobook berhak untuk mengubah terma dan syarat ini mengikut budi bicara mutlaknya; serta menghentikan Program ini tanpa memberikan sebarang sebab dan/atau notis awal.

Troli anda
Troli anda kosong
Tidak pasti di mana untuk mula? Cuba koleksi ini:
Teruskan membeli-belah Teruskan membeli-belah
Jumlah troli $0.00 SGD
Imej produk Maklumat produk Kuantiti Jumlah produk